APA YANG MAKSUD BAJA “NPK” ?

APA YANG MAKSUD BAJA “NPK” ?
  1. Ramai pekebun menggunakan baja butiran yang tertera tulisan NPK pada bungkusan:15-15-15 atau 12-12-17.

  2. Maksud NPK :

N – Nitrogen :

Baja untuk daun

P – Posphorus :

Baja untuk akar

K – Kalium (Potassium) :

Baja untuk buah/bunga

  1. Jika pada baja NPK 12-12-17, bermaksud mempunyai kandungan :

Nitrogen : 12%,

Posphorus : 12%

Kalium (Pottasium) : 17%.

  1. NPK 12-12-27 , jika dijumlahkan semuanya baru 41 % . Ini kerana lebihan 59 % tersebut adalah bahan lengai ataupun ‘filler’ yang digunakan bagi memegang dan mengurangkan ‘kepanasan’ setiap komponen tersebut.

.

Jika peratusan setiap komponen tersebut digunakan 100% , ia akan menjadi merbahaya pada po

kok dan mengakibatkan kesan terbakar.

  1. Contohnya , Baja Urea , bacaan label adalah 46-0-0. Ini bermakna Urea hanya mempunyai komponen Nitrogen sebanyak 46% dan tiada Posphorus atau kalium (Baja Daun).

  2. Pembajaan untuk tumbesaran : Baja nilai N yang tinggi ataupun NPK yang SAMA seperti 15-15-15 atau 16-16-16 atau 18-18-18

  3. Untuk akar yang kuat :

Baja yang nilai P yang tinggi seperti CIRP (Christmas Island Rock Phosphate) Kandungan P adalah 28%-32%

  1. Untuk kualiti Buah & Bunga :

Baja yang nilai K yang tinggi. Seperti PN (Potassium Nitrat) di mana kandungan K adalah 46%

  1. Kita perlu merancang untuk memberi TUMBESARAN POKOK yang baik dengan memberikan baja 15-15-15 atau 16-16-16 atau 18-18-18.

  2. Apabila tiba masa untuk BERBUNGA atau BERBUAH , ubah pula kepada 12 -12 -17 + Magnesium+Trece Elemen (TE)

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat.

16/07/2019 / by / in
Comments