Blog

Tips Kawalan Serangan Perosak Ulat Bungkus🐛🌴🐛

Apa jua jenis tanaman pasti mempunyai musuhnya. Seperti tanaman Kelapa Sawit, ancaman perosak yang sering timbul adalah serangan ulat bungkus. Dimana serangan ulat ini menyebabkan pengeluaran hasil buah pokok sawit merosot sebanyak 40%.😱😰

Dengan ini FELDA telah melakukan beberapa analisis seperti jenis, kitaran hidup dan populasi serta mengenalkan teknik kawalan serangan makhluk perosak yang berkesan.🤩👍🏻

Ulat bungkus ini merupakan serangga perosak yang memakan daun pokok kelapa sawit.

Nama “ulat bungkus” diberi kerana ulat terbabit menggunakan sebahagian daun kelapa sawit untuk membentuk lapisan seolah membaluti/membungkus haiwan terbabit.🤔🐛

 Ulat bungkus dalam fasa larva bergerak dari satu pelepah ke pelepah yang lain dengan bantuan angin.🌪🐛

Terdapat 3 jenis ulat bungkus yang dikenalpasti iaitu:

3jenis  ulat bungkus yea😃

1-Metisa Plana

– Ulat jenis ini membentuk kepompong sepanjang 15mm dan tergantung pada bawah daun dengan benang yang berbentuk cangkuk. 🐛

– Tempoh kitaran hidupnya adalah sekitar tiga bulan.

– Larva peringkat awal akan memakan bahagian atas dan bawah daun.🍃🌴

– Larva peringkat matang memberikan kesan jelas pada daun sawit apabila terdapat banyak lubang-lubang kecil terbentuk serta sebahgian daun sawit menjadi keperangan.

2-Pteroma Pendula

– Ulat jenis ini mempunyai bentuk bungkus yang lebih licin dan saiz yang lebih kecil dari Metisa Plana. 🐛

– Panjang kepompongnya yang berbentuk curut adalah diantara 8 – 10mm.

– Spesis ulat ini tergantung di bawah permukaan daun dengan benang yang panjang.

– Tempoh kitar hidupnya kurang dari tiga bulan.

– Larva peringkat awal akan memakan bahagian atas dan bawah daun.

– Larva peringkat matang memberikan kesan jelas pada daun sawit apabila terdapat banyak lubang-lubang kecil terbentuk serta sebahgian daun sawit menjadi keperangan.🍂🌴

3-Mahasena Corbetti

– Spesis ini menggunakan kepingan daun sawit yang lebih besar dan kasar untuk membentuk lapisan bungkus.

– Tempoh kitar hidup adalah sekitar empat bulan.

– Larva spesis ini memberikan kesan paling buruk berbanding dua spesis di atas. Dimana ulat spesis ini akan memakan keseluruhan daun sehingga meninggalkan lidinya sahaja.😱😰

KESAN AKIBAT ULAT BUNGKUS

➡Pembesaran pokok kelapa sawit akan terjejas kerana proses fotosintesis tidak dapat berlaku apabila permukaan daun sawit telah habis dimakan ulat-ulat terbabit.🐛🐛🌴

➡Seperti tumbuhan lain, daun memain peranan dalam menerima cahaya matahari dalam membantu penyerapan air dari tanah serta pengubahan karbon dioksida di udara kepada oksigen.🌴

➡Disebabkan permukaan daun kelapa sawit telah habis rosak dimakan. Proses yang disebut tadi jelas terganggu serta merencatkan pembentukan buah sawit. 😱🐛

Waktu Sesuai Meracun Ulat Bungkus

   

➡Perlu lakukan bancian ulat pada sesuatu pokok.

➡Jika jumlah bilangan peringkat kepompong melebihi peringkat larva. Sebarang usaha kawalan haruslah ditangguhkan, sekurang-kurangnya tiga ke empat minggu. 🤔🐛

➡Kerana, peringkat kepompong adalah fasa rehat dan tidak lagi memakan daun. Oleh itu, usaha kawalan menggunakan racun serangga tidak memberikan sebarang kesan besar.🐛😱

➡Selepas tempoh ini, bancian bilangan larva dilakukankan semula bagi kenalpasti sama ada terdapat peningkatan larva yang baru menetas.🐛🌴

➡Keadaan ini merupakan peringkat paling sesuai menggunakan racun serangga.🚿☠🐞🐛

➡Bilangan ulat yang melebihi 10 ekor dan memakan daun bagi setiap pelepah dianggap berada di tahap tidak selamat.  Peningkatan populasi ulat bungkus lebih pantas berlaku dalam keadaan cuaca panas.☀🐛🐛🐛😱

Cara Mencegah

Cara Meracun Ulat Bungkus

1-Suntikan Batang Kelapa Sawit

➡Kaedah sutikan batang sesuai untuk pokok sawit berumur 5 tahun ke atas.

➡Suntikan dilakukan di peringkat larva muda atau peringkat telur ulat menetas.

➡ Racun serangga yang digunakan untuk teknik ini adalah jenis Monocrotophos atau Methamidophos.

➡ Kesan penggunaan racun ini boleh dilihat selepas 24 jam.

➡ Racun ini dapat bertahan selama 14 hari.

➡ Teknik ini tidak sesuai digunakan ketika musim lembap.

➡ Teknik ini tidak menjejaskan serangga yang bermanfaat kepada sawit.

2-Menyembur Racun

➡ Kaedah ini digunakan sewaktu banyak larva muda.

➡ Larva muda lebih mudah dibunuh menggunakan teknik ini berbanding keatas larva matang.

➡ Racun serangga yang digunakan adalah jenis racun yang mengandungi bahan aktif Trichlorofon, – – Cypermethrin atau Biopestisid seperti Bacillius Thuringiensis.

➡Jenis penyembur bergantung pada usia pokok. Gunakan penyembur tangki untuk pokok usia dua tahun dan penyembur tangki berjentera atau jentera mist pada pokok berusia 3 – 6 tahun.

➡Pastikan semburan racun tidak kena pada bahagian bunga pokok sawit kerana ia boleh memudaratkan perkembangan kumbang pendebungaan sawit.

ini sahaja cara cegah ulat bungkus

Harap memberikan manfaat kepada tuan dan berguna untuk hasil bertambah

 

19/08/2019 / by / in
PERNAH DENGAR TAK PASAL KUMBANG BUNGA SAWIT❓❓

BILAKAH WAKTU KUMBANG INI AKTIF ? 🤔

Kaedah pembentukan tandan buah kelapa sawit bermula dari bunganya. Iaitu bunga jantan dan bunga betina.

Bunga jantan akan hasilkan debunga (pollen). Debunga ini akan masuk ke tiub bunga betina. Lalu terbentuklah tandan buah kelapa sawit pada bunga betina tersebut.

  

BAGAIMANA DEBUNGA INI BERPINDAH?

  1. Debunga ini boleh berpindah secara semula jadi. Iaitu dengan dibawa oleh angin.

  2. Kaedah manual. Iaitu dengan mengambil bunga jantan dan buat pendebungaan manual pada bunga betina.

  3. Kaedah pendebungaan oleh kumbang. Kaedah ini adalah semula jadi dan cekap. Kumbang akan membawa bunga jantan pergi ke bunga betina.

BAGAIMANA KUMBANG INI HIDUP?

Kumbang ini boleh dikatakan hidup pada bunga jantan sawit sahaja. Kumbang-kumbang ini akan bergerak ke arah bunga betina sekiranya bunga betina mengeluarkan bau seperti bunga jantan.

Mengikut kajian pada tahun 1980, seekor kumbang jantan boleh membawa sebanyak 235 biji debunga. Manakala kumbang betina pula hanya mampu membawa 56 biji debunga sahaja.

BILAKAH WAKTU KUMBANG INI AKTIF?

Kumbang-kumbang ini aktif di waktu pagi. Semasa bunga jantan sedang berkembang, bilangannya sangat tinggi.

Pada waktu inilah berlakunya proses pendebungaan. Aktiviti mengawan dan dan juga kumbang betina bertelur juga berlaku.

APAKAH YANG MEROSAKKAN KUMBANG PENDEBUNGAAN?

☀CUACA

Kumbang tidak aktif apabila tiba waktu tengah hari. Cuaca waktu ini panas dan kumbang berlindung disebalik bunga jantan.

Apabila tiba waktu cuaca mendung atau hujan, kumbang ini juga tidak aktif. Sekiranya berlaku hujan lebat berterusan, bilangan jumlah kumbang akan menurun.

🛢RACUN

Racun menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Ini menjadikan kumbang tidak selesa. Keadaan ini boleh menyebabkan kumbang keluar atau mati.

🐁TIKUS

Tikus akan merosakkan bunga pokok sawit. Terutama bunga jantan. Akibatnya kumbang pendebungaan tiada tempat tinggal.

Lalu tidak berlakulah proses pendebungaan sawit.

🌟 TINGKATKAN KUALITI BUNGA SAWIT AGAR KUMBANG PENDEBUNGAAN BOLEH HIDUP BAIK DAN MELAKUKAN PENDEBUNGAAN DENGAN SEMPURNA

#TeamGoSawit

#KamiShare

#ManfaatPadaSetiapSemburan

14/08/2019 / by / in
JENIS TANAH YANG SESUAI UNTUK KELAPA SAWIT

Hampir dikatakan tanah di Malaysia sesuai untuk tanaman kelapa sawit. Kita juga boleh dapati ada tanah yang tak sesuai untuk tanaman lain, masuk kelapa sawit boleh menjadi.🤔😁

Begitu juga bila kita tengok tanah jenis berpasir, tanam apa yang sesuai? Biasa orang tanam semangka…tapi bila masuk sawit boleh aje…cuma dari segi kos selenggara agak tinggi sikit jika dibanding dari tanah tanah jenis lain. Untuk tanah berpasir kos pembajaan sangat tinggi. Mungkin mencecah 2 kali ganda dibanding tanah-tanah jenis lain.😱😱

Secara umumnya kelapa sawit sangat sesuai ditanam di tanah yang rata, tidak menakung air dan tidak tinggi kadar lepas airnya. Kelapa sawit perlukan air yang banyak.😍👍🏻

TANAH LATOSOL (TANAH MERAH)

⏩Warna kemerah-merahan.

⏩Berbatuan, tinggi zat besi.

⏩Mudah serap air.

⏩ph 6.0 – 6.9 Kurang subur dibanding tanah organosol dan tanah alluviul. Namun ia masih lagi boleh ditanam pokok sawit.

TANAH ORGANOSOL (TANAH GAMBUT)🤔

⏩ Gambut Banyak tanaman tak sesuai untuk tanah jenis gambut.

⏩Tanah gambut juga sesuai untuk tanaman sawit.

⏩ Tanah gambut kandungan humus tinggi.

⏩ Banyak sumber makanan organik yang ada pada tanah gambut.

⏩ Masalah bagi tanah gambut, pH sangat rendah.

⏩ Air tidak mudah. Samada untuk mengairi atau membuangnya.

⏩ Untuk menanam sawit di tanah gambut harus dipertimbangkan teknik menanam.

⏩ Pokok sawit mudah tumbang di tanah gambut.

⏩ Tanah gambut lebih sesuai dibanding tanah tanah inceptisol kurang subur dibanding tanah alluvial.

TANAH ALLUVIAL (TANAH LIAT)

⏩Tanah liat jenis endapan.👍🏻

⏩Tahap kesuburan dari sederhana sehingga sangat subur.😍

⏩Ciri-ciri. Berpasir, kelabu dan liat.

⏩Sesuai untuk pelbagai jenis tanaman.🌴🌱

⏩Tanah jenis ini paling banyak di Malaysia.🇲🇾

⏩ Tinggi Mineral.

pH anggaran (5.0 – 6.0)

Tanah jenis inilah yang paling sesuai untuk kelapa sawit.😍

✅ Selain dari faktor tanah kelapa sawit memerlukan suhu diantara 24ºc – 32ºc. Itu adalah suhu ideal untuk kelapa sawit melakukan fotosintesis.

✅ Taburan hujan – kelapa sawit memerlukan lebih kurang 2500 mm – 3000 mm hujan setahun. Purata sebulan 100 mm hujan.

✅ Sinaran matahari pula sekurang-kurangnya 6 jam terik pada suhu min 24ºc. Kurang daripada itu akan merencatkan fotosintesis kelapa sawit. Ini bermakna proses membuat makanan (minyak sawit) juga akan terencat.

✅ Untuk mendapatkan hasil sawit yang tinggi, selain faktor tanah yang sangat subur, cuaca yang sesuai, faktor lain seperti penjagaan ladang dan penggunaan baja juga perlu dipertimbangkan.

Guna lah BAJA GOSAWIT untuk tingkatkan lagi hasil anda💓👍🏻

20/07/2019 / by / in
TAHUKAH ANDA APA ITU BUNGA CENGKEH ATAU BUAH LANDAK???

Faktor yang  menyebabkan pokok kelapa sawit menghasilkan buah cengkeh, buah landak, ataupun buah abnormal 😱

Di antaranya ialah :

1- Keadaan sekeliling kurang baik di sekitar pokok sawit atau kawasan tersebut 😰

2- Tanaman kelapa sawit mempunyai klasifikasi yang tidak layak malah tidak pernah di asingkan sebelum ini 🌱🌴

3- Gangguan yng berasal dari rumpai yang tumbuh subur, samaada di kawasan pangkal atau batang pokok🌾🥀

4- Pertumbuhan serta perkembangan bunga pokok kelapa sawit, bunga jantan dan betina terganggu oleh kulat atau cendawan🍄🍄

5- Penggunaan racun perosak atau racun lain dengan dos yang berlebihan ☠🚿

6- Penggunaan jenis racun herba atau rumpai yang tidak betul atau sedikit⚖🚿

7- Pengunaan bahan kimia yang menyebabkan serangga pendebungaan mati secara tidak sengaja🐞🐝😵

OLEH ITU, RAWAT LAH POKOK SAWIT ANDA DENGAN SEGERA UNTUK HASIL YANG LEBIH LAGI😄👍🏼

#BajaGosawit

#TipsBajaGosawit

#ManfaatPadaSetiapSemburan

16/07/2019 / by / in
APA YANG MAKSUD BAJA “NPK” ?
  1. Ramai pekebun menggunakan baja butiran yang tertera tulisan NPK pada bungkusan:15-15-15 atau 12-12-17.

  2. Maksud NPK :

N – Nitrogen :

Baja untuk daun

P – Posphorus :

Baja untuk akar

K – Kalium (Potassium) :

Baja untuk buah/bunga

  1. Jika pada baja NPK 12-12-17, bermaksud mempunyai kandungan :

Nitrogen : 12%,

Posphorus : 12%

Kalium (Pottasium) : 17%.

  1. NPK 12-12-27 , jika dijumlahkan semuanya baru 41 % . Ini kerana lebihan 59 % tersebut adalah bahan lengai ataupun ‘filler’ yang digunakan bagi memegang dan mengurangkan ‘kepanasan’ setiap komponen tersebut.

.

Jika peratusan setiap komponen tersebut digunakan 100% , ia akan menjadi merbahaya pada po

kok dan mengakibatkan kesan terbakar.

  1. Contohnya , Baja Urea , bacaan label adalah 46-0-0. Ini bermakna Urea hanya mempunyai komponen Nitrogen sebanyak 46% dan tiada Posphorus atau kalium (Baja Daun).

  2. Pembajaan untuk tumbesaran : Baja nilai N yang tinggi ataupun NPK yang SAMA seperti 15-15-15 atau 16-16-16 atau 18-18-18

  3. Untuk akar yang kuat :

Baja yang nilai P yang tinggi seperti CIRP (Christmas Island Rock Phosphate) Kandungan P adalah 28%-32%

  1. Untuk kualiti Buah & Bunga :

Baja yang nilai K yang tinggi. Seperti PN (Potassium Nitrat) di mana kandungan K adalah 46%

  1. Kita perlu merancang untuk memberi TUMBESARAN POKOK yang baik dengan memberikan baja 15-15-15 atau 16-16-16 atau 18-18-18.

  2. Apabila tiba masa untuk BERBUNGA atau BERBUAH , ubah pula kepada 12 -12 -17 + Magnesium+Trece Elemen (TE)

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat.

16/07/2019 / by / in