JENIS TANAH YANG SESUAI UNTUK KELAPA SAWIT

JENIS TANAH YANG SESUAI UNTUK KELAPA SAWIT

Hampir dikatakan tanah di Malaysia sesuai untuk tanaman kelapa sawit. Kita juga boleh dapati ada tanah yang tak sesuai untuk tanaman lain, masuk kelapa sawit boleh menjadi.🤔😁

Begitu juga bila kita tengok tanah jenis berpasir, tanam apa yang sesuai? Biasa orang tanam semangka…tapi bila masuk sawit boleh aje…cuma dari segi kos selenggara agak tinggi sikit jika dibanding dari tanah tanah jenis lain. Untuk tanah berpasir kos pembajaan sangat tinggi. Mungkin mencecah 2 kali ganda dibanding tanah-tanah jenis lain.😱😱

Secara umumnya kelapa sawit sangat sesuai ditanam di tanah yang rata, tidak menakung air dan tidak tinggi kadar lepas airnya. Kelapa sawit perlukan air yang banyak.😍👍🏻

TANAH LATOSOL (TANAH MERAH)

⏩Warna kemerah-merahan.

⏩Berbatuan, tinggi zat besi.

⏩Mudah serap air.

⏩ph 6.0 – 6.9 Kurang subur dibanding tanah organosol dan tanah alluviul. Namun ia masih lagi boleh ditanam pokok sawit.

TANAH ORGANOSOL (TANAH GAMBUT)🤔

⏩ Gambut Banyak tanaman tak sesuai untuk tanah jenis gambut.

⏩Tanah gambut juga sesuai untuk tanaman sawit.

⏩ Tanah gambut kandungan humus tinggi.

⏩ Banyak sumber makanan organik yang ada pada tanah gambut.

⏩ Masalah bagi tanah gambut, pH sangat rendah.

⏩ Air tidak mudah. Samada untuk mengairi atau membuangnya.

⏩ Untuk menanam sawit di tanah gambut harus dipertimbangkan teknik menanam.

⏩ Pokok sawit mudah tumbang di tanah gambut.

⏩ Tanah gambut lebih sesuai dibanding tanah tanah inceptisol kurang subur dibanding tanah alluvial.

TANAH ALLUVIAL (TANAH LIAT)

⏩Tanah liat jenis endapan.👍🏻

⏩Tahap kesuburan dari sederhana sehingga sangat subur.😍

⏩Ciri-ciri. Berpasir, kelabu dan liat.

⏩Sesuai untuk pelbagai jenis tanaman.🌴🌱

⏩Tanah jenis ini paling banyak di Malaysia.🇲🇾

⏩ Tinggi Mineral.

pH anggaran (5.0 – 6.0)

Tanah jenis inilah yang paling sesuai untuk kelapa sawit.😍

✅ Selain dari faktor tanah kelapa sawit memerlukan suhu diantara 24ºc – 32ºc. Itu adalah suhu ideal untuk kelapa sawit melakukan fotosintesis.

✅ Taburan hujan – kelapa sawit memerlukan lebih kurang 2500 mm – 3000 mm hujan setahun. Purata sebulan 100 mm hujan.

✅ Sinaran matahari pula sekurang-kurangnya 6 jam terik pada suhu min 24ºc. Kurang daripada itu akan merencatkan fotosintesis kelapa sawit. Ini bermakna proses membuat makanan (minyak sawit) juga akan terencat.

✅ Untuk mendapatkan hasil sawit yang tinggi, selain faktor tanah yang sangat subur, cuaca yang sesuai, faktor lain seperti penjagaan ladang dan penggunaan baja juga perlu dipertimbangkan.

Guna lah BAJA GOSAWIT untuk tingkatkan lagi hasil anda💓👍🏻

20/07/2019 / by / in
Comments