PERNAH DENGAR TAK PASAL KUMBANG BUNGA SAWIT❓❓

PERNAH DENGAR TAK PASAL KUMBANG BUNGA SAWIT❓❓

BILAKAH WAKTU KUMBANG INI AKTIF ? 🤔

Kaedah pembentukan tandan buah kelapa sawit bermula dari bunganya. Iaitu bunga jantan dan bunga betina.

Bunga jantan akan hasilkan debunga (pollen). Debunga ini akan masuk ke tiub bunga betina. Lalu terbentuklah tandan buah kelapa sawit pada bunga betina tersebut.

  

BAGAIMANA DEBUNGA INI BERPINDAH?

  1. Debunga ini boleh berpindah secara semula jadi. Iaitu dengan dibawa oleh angin.

  2. Kaedah manual. Iaitu dengan mengambil bunga jantan dan buat pendebungaan manual pada bunga betina.

  3. Kaedah pendebungaan oleh kumbang. Kaedah ini adalah semula jadi dan cekap. Kumbang akan membawa bunga jantan pergi ke bunga betina.

BAGAIMANA KUMBANG INI HIDUP?

Kumbang ini boleh dikatakan hidup pada bunga jantan sawit sahaja. Kumbang-kumbang ini akan bergerak ke arah bunga betina sekiranya bunga betina mengeluarkan bau seperti bunga jantan.

Mengikut kajian pada tahun 1980, seekor kumbang jantan boleh membawa sebanyak 235 biji debunga. Manakala kumbang betina pula hanya mampu membawa 56 biji debunga sahaja.

BILAKAH WAKTU KUMBANG INI AKTIF?

Kumbang-kumbang ini aktif di waktu pagi. Semasa bunga jantan sedang berkembang, bilangannya sangat tinggi.

Pada waktu inilah berlakunya proses pendebungaan. Aktiviti mengawan dan dan juga kumbang betina bertelur juga berlaku.

APAKAH YANG MEROSAKKAN KUMBANG PENDEBUNGAAN?

☀CUACA

Kumbang tidak aktif apabila tiba waktu tengah hari. Cuaca waktu ini panas dan kumbang berlindung disebalik bunga jantan.

Apabila tiba waktu cuaca mendung atau hujan, kumbang ini juga tidak aktif. Sekiranya berlaku hujan lebat berterusan, bilangan jumlah kumbang akan menurun.

🛢RACUN

Racun menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Ini menjadikan kumbang tidak selesa. Keadaan ini boleh menyebabkan kumbang keluar atau mati.

🐁TIKUS

Tikus akan merosakkan bunga pokok sawit. Terutama bunga jantan. Akibatnya kumbang pendebungaan tiada tempat tinggal.

Lalu tidak berlakulah proses pendebungaan sawit.

🌟 TINGKATKAN KUALITI BUNGA SAWIT AGAR KUMBANG PENDEBUNGAAN BOLEH HIDUP BAIK DAN MELAKUKAN PENDEBUNGAAN DENGAN SEMPURNA

#TeamGoSawit

#KamiShare

#ManfaatPadaSetiapSemburan

14/08/2019 / by / in
Comments